Monday, May 4, 2009
gembiradansedih....
Kedengaran bunyi jam loceng yang tidak terhenti mengamitkan perasaan hati aku tuk bangun terus dari lenaan yang tidak lena sangat malam tadie..jam menunjukan pukul 6.30 a.m, aku masih lagi tidak dapat membukakan mata dan perasaan ngantuk masih lagi dirasaai dari mata hingga ke hati..walau bagaimanapun aku memaksa diriku untuk bangun juga dan kerana hari ini merupakan hari peperiksaan aku untuk kertas yang ke dua terakhir iaitu HRM..Aku bangun dan membasahi mukaku dan terus mengadap buku untuk membuat revision dan membelek-belek buku yang tebal dan mampat yang telah aku photostate sebelum cuti study week ariturh..lagi 2 jam 30 minit lagi peperiksaan aku akan bermula..setelah membelek buku dan menelaah buku untuk seketika akhirnya aku telah habis membacanya dan bersedia untuk ke dewan peperiksaan..hati masih lagi berdebar-debar walaupun telah habis aku menelaah buku tebal dan mungkin perasaan takot itu datangnya dari hati dan kepada semua mahasiswa yang akan mengambil peperiksaan..aku terus mandi kerana jam sudah menunjukkan pukul 8 pagi..mataku masih lagi pedih dan mengantuk walaupown air sudah membasahi seluruh badanku..aku bersiap dan terus ke dewan peperiksaan..dengan berbekalkan sebatang rokok sebagai makanan pagi terus aku menuju kedewan..keadaan disana sudah riuh dengan kedatangan pelajar-pelajar lain dan aku mencari sesaper yang aku kenal dan akhirnya berjumpa ngan adik dan shira..aku duduk disebelah adik dan melihat pelbagai ragam pelajar-pelajar yang adanya masih lagi menelaah buku untuk mengingati jawapan yang berada dalam buku dan kertas mereka bawa..masuk kedewan apabila dipangil dan hati terus berasa berdebar bagaikan gempa bumi..aku mencari tempat yang tidak dihadapan dan tidak dibelakang..depan aku bota tepi aku solihin sebelah kanan aku tak kenal dan blakan aku budak kelas aku yang aku lupa namanya..jam menunjukkan pukul 9 pagi dan peperiksaan telah pown bermula..aku melihat kerusi yang berada didepan masih ada lagi 2 kosong..disitulah sepatutnya bereka berdua iaitu Noehafizi yang sekarang masih lagi berada di hospital kerana cedera dikaki dan lagi satu tempat merupakan tempat duduk arwah Sharifah Nabilah al hadi yang telah kembali kerahmatullah..aku tersedu dan terpikir lagi peristiwa yang menimpa mereka berdua tetapi aku terus tenang dan terus memulakan peperiksaan kertas HRM aku itu..aku menjawab engan gembira kerana apa yang aku baca dan aku still ingat dan aku menjawabnya dengan tenang..masa tinggal lagi 20 minit dan aku masih ada lagi satu soalan yang masih belum buat dan answer booklet aku telah habis dan aku mengangkat tangan dan meminta lagi satu answer booklet untuk menjawab soaalan terakhir..akhirnya aku siap tepat pada masanya dan tangan aku lenguh dan merah sambil menahan kepedihan kerana telalu laju menulis dan mengejar masa yang tak muncukupi tuk belek-belek soalan lain..setelah keluar dewan kami berkumpul dan mencari saper yang ingin mengikut kami tuk melawat fizi di hospital..akhirnya hanya aku,bota,bean,fizi putih, alisa dan mel saja yang pergi..sampai di hospital aku melihat keadaan fizi masih lagi dalam keadaan yang kurang memuaskan..aku beborak dan fizi masih lagi menyebut nama Bell dan mengatakan "Bell dah takder" sambil mengalirkan air mata yang tidak dapat ditahan oleh fizi..aku turut berasa sedih dan memujuk fizi untuk bersabar..fizi tidak boleh bercakap dengan kuat munkin terasa sakit dengan enam jahitan yang berada dikepalanya..air mata tetap mengalir dari mata fizi dan dier masih trauma..beberapa minit beborak akhirnya mak guard disana menghalau kami kerana masa melawat sudan habis..kami keluar dari hospital meninggalkan fizi bersama dengan kedua ibubapanya dan mungkin nanti kitorang akan pergi lagi melawat fizi..setelah keluar dari hospital kami berbicang tuk makan sebab perut masing-masing sudahpown berbunyi dan berirama dan kami makan di seksyen 6 berdekatan dengan pasar dan terus pulang kerumah selepas makan..aku menghantar mereka pulang ke ramah masing-masing..aku mash lagi teringat kat arwah dan fizi yang sedang menahan sakit dan trauma di hospital..tak tau naper perasaan itu masih lagi ada dan aku ingat hanya aku sorang yang masih ingat dan terbayang-terbayang peristiwa itu malah beberapa orang kawan aku juga masih terkenang peristiwa yang melanda mereka berdua..terngiang-ngiang dalam ingatan dan apabiala buat keje sikit or study sikit tetap ada waktu dan masa yang kiteorang rasa dan mengingati peristiwa yang menimpa kawan kami itu..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment