Friday, May 29, 2009
panasandsemalampanas...
PANAS..kenaper dengan panas??panas aper??panas baran ke?badan panas sbb demam ker?? bukan-bukan..panas yang aku nak cakap nie adalah hari yang panas..hehe..bukan nak komplain ker per tapi yang tak sedapnyer biler nak tido..fuhh..memang panas..hari-hari dalam beberapa mingu nie cuaca panas giler..rumah nie dulu mula-mula duduk raser sejuk dier..tapi skang dah raser panas giler plak..tak kira lar malam ker petang ker tengah ari ker..hari-hari panas dier samer jer...biler tah nak ujan..huhuh..smalam aku takleh tido gi lepak ngan afat kat PAS..dier muler-muler taktau jalan gi umah s.alam aku nie..then aku bagi direction kat dier and dier cari..muler-muler aku tak nampak dier kat maner and dier kater dier dah nak sampai..then aku gi tunggu dier kat depan simpang rumah aku so senang lar dier ampak aku..tungu punya tungu nampak kereta ijau ducson n nampak cam kenal jer kete tu..hehe tgk btol-btol dier..aku bawak dier gi umah aku and aku ngan dier trus gi Plaza Alam Central sebab dier nak repair Hp dier..orang turh cakap dalam sejam hp turh bleh siap so aku ngan afat gi lar lepak coz perot masing-masing dah lapa giler..so aku ngan dier gi lepak kat sec2 kat stesion bus uitm bersebelahan ngan KFC...so jumper satu kedai nie ader banyak lauk..macam best jer..so aku ngan dier makan lar..aku hanya amik nasi,kuar, and paru-paru and air teh o ais..sambil turh borak-borak pasal keje lar n macam-macam lar..then dah dekat kol 7 aku ngan dier trus gi PAS balik coz ak amik hp dier...pas gi saner and kat kedai turhh, tauke cine turh takder plak..and ada mamat melayu jaga..nampak atas meja dier cam hp afat..pastu tanyer arr sameada hp turh dah siap repair blom..tengok-tengok still blom repair lagi..pergh!! bkan nak call ker per..cina-cina...dah tnggu punyer lamer blom siap lagi..betol-betol buat orang panas..tapi takper..then afat kater dier angkat arini..taktau dier dah pegi ker blom...
Sunday, May 24, 2009
dahlamertertinggal..
hei hei hei..lamer dah aku tingal blog aku nie..kesian dier..haha..erm bukan per..diz month aku sibuk giler ngan short course aku nie..ingat best tapi busan rupenyer..every week ada kuiz lar, test lar, presentantion lar, and patutnyer takder class ari jumaat nie lect aku nie nak buat class plak..haaa..yang bestnyer esok lusa and ari khamis kiteorang takder class..yeay..coz sok lect ader meeting, wednesday lect kene gi convo taktau lar kene tgk aper tah, and khamis dak-dak yang blom convo kne pergi convo plak..nasib baik aku dah convo tahun lepas so leh lar cuti and tido lar aper lagi.hahha..arini aku abes class awal.. satu class jer ader tu pown lect masuk lambat and dier suoh kiteorang wat keje sikit(case study).. then 2nd class aku leh masuk lambat plak..gi lepak minum dulu, sap kok dulu and masuk jer lect aku ngah bagi pengunguman yang class arinie dibatalkan sebab dier ader meeting mengejut..haha..memang gembira rasernyer..dah lah intersesi nie sebulan jer pastu ader beberapa ari yang takder class..hehhe.best best..
Tuesday, May 19, 2009
shortcourseyangbusan..
Baru beberapa ari berjalannya short course tapi dah raser cam lamer la pak.. hari-hari samer jer per aku buat..pagi gi class, balik tido n rest jap, then bangun main dota..pastu dah ngatuk tido balik n esok pagi bangun and doing the same routine..hehe..abes nak buat aper lagi kan..erm ingatkan paper yang aku amik nie takder member yang knal, then masuk jer 1st class i saw beberapa orang yang dikenali plak..then masuk the next class jumper owg yang dikenali gaks..nasib ader member..hehe..takder lar boring sangat..skang nie berehat jap n jap agi nak sambung main dota balik..hehe..beberapa arinie hari n caca panas giler..nak tido pown susah...mandi still samer jer panas gaks..hehe..
Thursday, May 7, 2009
napertaklehtido..
Jam menunjukan lebih kurang pukul 6.30 pagi dan mataku tetap tidak mahu menutup lagi..entah megapa..perasaan aneh menimpa tubuhku dan rase cam membazir kalo tido awal..haha..kepedihan dimata sudah dirasaai tapi kurang keinginan untuk tido..tapi tak au nak buat apa skarang nie..hanya dapat membelek-belek gamba-gamba lama yang menghitung perasaan diwaktu lampau mengenangkan peristiwa kebudakbudakan.. pelik.. memang pelik.. perasaan ngantuk belum lagi ada dalam diriku bahkan kepedihan dimata telah dapat dirasai dari anak-anak mata yang menahan kepedihan..melihat kelibat teman-teman yang khusyuk belajar diman beberapa jam lagi merupakan titik terakhir dan paper terakhir bagi diri mereka..paper terakhir aku telah selesai petang tadie dan dapat merasakan kebolehan untuk menjawab itu ada tetapi ada beberapa benda yang memuskil kan aku..fuhh!! akhirnya tamat sudah peperiksaan final exam aku pada sem nie..Hureeeyyyyyy!!!!!!!!!!..
Monday, May 4, 2009
peristiwasedihyangtidakdapatakulupakan..
Hati dan kepala ku masih terngiang-ngiang lagi dengan insiden yang melibatkan kawan baik aku dalam kelas..tidak dapat diduga bahkan tidak percaya apa yang di alami oleh mereka berdua nie..sedih,resah,gelabah, dan semua pown terasa untuk menahan kesedihan sehingga boleh mengeluarkan air mata apabila mendenga khabar berita yang aku tidak jangkakan bleh terjadie kepada kawan baik aku sendiri..tapi Allah lebih mengetahui dan sayang pada Bell dan mungkin kejadian ini ada hikmahnya..melihat beberapa kali gamba ini aku terasa sebak dan cuba menahan kesedihan yang melanda keatas diriku beberapa hari ini..sedih dan sedih kehilangan seorang teman yang tidak akan aku lupakan..terima kasih sekali lagi kerana menjadi teman baik aku Bell..semoga rohmu dicucuri rahmat..AMIN..
gembiradansedih....
Kedengaran bunyi jam loceng yang tidak terhenti mengamitkan perasaan hati aku tuk bangun terus dari lenaan yang tidak lena sangat malam tadie..jam menunjukan pukul 6.30 a.m, aku masih lagi tidak dapat membukakan mata dan perasaan ngantuk masih lagi dirasaai dari mata hingga ke hati..walau bagaimanapun aku memaksa diriku untuk bangun juga dan kerana hari ini merupakan hari peperiksaan aku untuk kertas yang ke dua terakhir iaitu HRM..Aku bangun dan membasahi mukaku dan terus mengadap buku untuk membuat revision dan membelek-belek buku yang tebal dan mampat yang telah aku photostate sebelum cuti study week ariturh..lagi 2 jam 30 minit lagi peperiksaan aku akan bermula..setelah membelek buku dan menelaah buku untuk seketika akhirnya aku telah habis membacanya dan bersedia untuk ke dewan peperiksaan..hati masih lagi berdebar-debar walaupun telah habis aku menelaah buku tebal dan mungkin perasaan takot itu datangnya dari hati dan kepada semua mahasiswa yang akan mengambil peperiksaan..aku terus mandi kerana jam sudah menunjukkan pukul 8 pagi..mataku masih lagi pedih dan mengantuk walaupown air sudah membasahi seluruh badanku..aku bersiap dan terus ke dewan peperiksaan..dengan berbekalkan sebatang rokok sebagai makanan pagi terus aku menuju kedewan..keadaan disana sudah riuh dengan kedatangan pelajar-pelajar lain dan aku mencari sesaper yang aku kenal dan akhirnya berjumpa ngan adik dan shira..aku duduk disebelah adik dan melihat pelbagai ragam pelajar-pelajar yang adanya masih lagi menelaah buku untuk mengingati jawapan yang berada dalam buku dan kertas mereka bawa..masuk kedewan apabila dipangil dan hati terus berasa berdebar bagaikan gempa bumi..aku mencari tempat yang tidak dihadapan dan tidak dibelakang..depan aku bota tepi aku solihin sebelah kanan aku tak kenal dan blakan aku budak kelas aku yang aku lupa namanya..jam menunjukkan pukul 9 pagi dan peperiksaan telah pown bermula..aku melihat kerusi yang berada didepan masih ada lagi 2 kosong..disitulah sepatutnya bereka berdua iaitu Noehafizi yang sekarang masih lagi berada di hospital kerana cedera dikaki dan lagi satu tempat merupakan tempat duduk arwah Sharifah Nabilah al hadi yang telah kembali kerahmatullah..aku tersedu dan terpikir lagi peristiwa yang menimpa mereka berdua tetapi aku terus tenang dan terus memulakan peperiksaan kertas HRM aku itu..aku menjawab engan gembira kerana apa yang aku baca dan aku still ingat dan aku menjawabnya dengan tenang..masa tinggal lagi 20 minit dan aku masih ada lagi satu soalan yang masih belum buat dan answer booklet aku telah habis dan aku mengangkat tangan dan meminta lagi satu answer booklet untuk menjawab soaalan terakhir..akhirnya aku siap tepat pada masanya dan tangan aku lenguh dan merah sambil menahan kepedihan kerana telalu laju menulis dan mengejar masa yang tak muncukupi tuk belek-belek soalan lain..setelah keluar dewan kami berkumpul dan mencari saper yang ingin mengikut kami tuk melawat fizi di hospital..akhirnya hanya aku,bota,bean,fizi putih, alisa dan mel saja yang pergi..sampai di hospital aku melihat keadaan fizi masih lagi dalam keadaan yang kurang memuaskan..aku beborak dan fizi masih lagi menyebut nama Bell dan mengatakan "Bell dah takder" sambil mengalirkan air mata yang tidak dapat ditahan oleh fizi..aku turut berasa sedih dan memujuk fizi untuk bersabar..fizi tidak boleh bercakap dengan kuat munkin terasa sakit dengan enam jahitan yang berada dikepalanya..air mata tetap mengalir dari mata fizi dan dier masih trauma..beberapa minit beborak akhirnya mak guard disana menghalau kami kerana masa melawat sudan habis..kami keluar dari hospital meninggalkan fizi bersama dengan kedua ibubapanya dan mungkin nanti kitorang akan pergi lagi melawat fizi..setelah keluar dari hospital kami berbicang tuk makan sebab perut masing-masing sudahpown berbunyi dan berirama dan kami makan di seksyen 6 berdekatan dengan pasar dan terus pulang kerumah selepas makan..aku menghantar mereka pulang ke ramah masing-masing..aku mash lagi teringat kat arwah dan fizi yang sedang menahan sakit dan trauma di hospital..tak tau naper perasaan itu masih lagi ada dan aku ingat hanya aku sorang yang masih ingat dan terbayang-terbayang peristiwa itu malah beberapa orang kawan aku juga masih terkenang peristiwa yang melanda mereka berdua..terngiang-ngiang dalam ingatan dan apabiala buat keje sikit or study sikit tetap ada waktu dan masa yang kiteorang rasa dan mengingati peristiwa yang menimpa kawan kami itu..
Friday, May 1, 2009
masadanwaktuituemas
Masa itu emas..macam-macam benda kita boleh buat bila ada masa..samaada benda baik atau buruk..masa bleh diklasifikasikan sebagai benda yang paling penting dalam hidup..tiada masa tiada lah kita dapat beriang-riang, melepak sana sini, buat ini buat itu, pegi sini pegi situ, dan sebagainya..masa itu emas dalam erti kata lain masa itu penting dalam hidup kita walau sesaat mana sekali pown tetap masa iu penting..tahukah kita berapa lama lagi kita dapat hidup, berdampingan dengan mereka diluar sana??masa pantas berlalu..rugi kalo kite tak memanfaatkan masa ngan baik dan detik demi detik masa itu belalu dapat merugikan hidup kita. kadang-kadang masa itu membuatkan kite gembira,bersemangat, tapi kadang-kadang masa itu juga membutkan kite rase sedih, hampa, pilu, dan mungin juga kiter memikirkan sesuatu yang ape perlu kite buat ngan masa itu..masa tidak boleh kembali dan hanya pegi dan terus pegi tapa boleh dikembalikan..pikir-pikirkan lah wahai kamu yang membacanya..
kesedihandantakpercaya..

hari ni dalam sejarah dan kesedihan melanda kami semua apabila kehilanagan seorang teman n sahabat yang sebelum nie agak periang dalam kelas..1hb Mei 2009 waktu 3.30am di persiaran kayangan merupakan tempat kejadian..tak dapat menyangka bleh jadi sehinga nie dan kami kehilanagan teman sekelas iaitu Syarifah Nabila Alhadi atau dikenali sebagai Bell..Semalam time exam Statistic takde nampak perbezaan kat Bell..still macam biasa dan periang and sempat wish kat aku GoodLuck..tapi sekarang..perasaan sedih melanda diriku dan kawan-kawan sekelas ngan arwah..berita ini yang dapat aku tau dari beberapa msg yang dihantarkan oleh kawan2 sekelas mengatakan arwah dah takder..Mula-mula and masa msg pertama raser cam tak cayer pown ader dan apabila baca msg-msg yang lain tertulis ayat-ayat yang sama..aku telefon bota (kawan sekelas) dan menanyakan die berada dimana dan dier ckp dier sudah berada dalam bas Uitm dan sedang menuju ke pulau pinang ke rumah arwah..sedih dan hati merasa hampa tidak dapat ikot sama melihat arwah sekali dan ianya sebabnya aku tidak sedar dari tido..sedih tak dapat bersama mereka menuju ke pulau penang..aku sempat pergi ke hospital klang dan bejumpe ngan fizi(boyfrenz bell) yang sedang berada dalam icu dan didengarkan dier patah kaki sebelah kanan..time oaku jumper dier and keadaan die ok dan masih bleh bercakap dan beborak..sorry bell tak dapat pegi pulau pinang n tanks coz jd kawan aku sebelum nie..ALFATEHAH..
Subscribe to:
Posts (Atom)

.jpg)